Tahukah Anda?
Kita sedang menghadapi kenaikan kos perubatan setiap tahun berpunca dari inflasi perubatan. Kadar inflasi kos perubatan telah meningkat kepada 12.7%. Ia amat ketara meningkat jika hendak di bandingkan dengan inflasi harga barang pengguna yang hanya meningkat sekitar 2 – 4% setiap tahun. Inflasi perubatan di negara kita merupakan ketiga tertinggi dalanm negara Asia selepas India 14% dan Indonesia sebanyak 13.1%.
Apakah Punca Kenaikan Kos Perubatan di Malaysia?
Antara punca – punca kenaikan kos perubatan di Malaysia seperti peyakit tidak berjangkit yang berpunca daripada gaya hidup tidak sihat, tekanan (stress) dan juga diet diet tidak seimbang penyebab ramai orang di luar mendapatkan rawatan perubatan di hospital.
Kedua adalah faktor usia hidup yang lebih tua juga turut penyumbang kenaikan kos rawatan hospital meningkat. Kumpulan ini, akan lebih mendapatkan khidmat servis perubatan serta ubat – ubatan bagi tempoh jangka panjang.
Di tambah dengan perkembangan teknologi perubatan juga telah memberi kualiti penjagaan kesihatan ang lebih baik. Secara tidak langsung wujudnya permintaan pekerja yang berkelayakan untuk pengendalian dan penyelengaraan peralatan – peralatan moden.
Mari kita lihat contoh carta di bawah ini, tuntutan claims 2023 jauh lebih tinggi jika di bandingkan pada tahun 2022. Ini menyebabkan dana tabaruk telah banyak mengalir keluar bagi membiayai rawatan tuntutan hospital. Manakala carta di sebelah adalah 5 senarai penyakit paling tinggi di catatkan bagi tuntutan rawatan hospital. Perhatikan 2 rawatan paling kerapa berulang ialah pneumonia dan bronchitis.
Apakah kesan kepada kita semua?
Apabila keadaan di atas seperti contohnya berlaku, maka kos penjagaan kesihatan akan meningkat lebih tinggi di masa hadapan. Dengan sumbangan takaful perubatan sedia ada, ia tidak mampu untuk bertahan lebih lama. Ia perlu di selaraskan demi memenuhi keperluan masa kini. Jika tidak, orang ramai akan memilih untuk medapatkan rawatan di hospital – hospital kerajaan. Kesesakan di hospital kerajaan akan meningkat sekali ganda dari apa yang ada sekarang.
Apakah peranan ejen takaful?
Sebagai ejen takaful, saya menasihatkan kepada anda untuk mulakan dengan langkah kecil iaitu dengan menjaga kesihatan diri. Agar tidak menambah jumlah peratus yang sedia ada.
Kedua adalah, merancang perbelanjaan anda dengan menilai semula keperluan dan juga kehendak bagi memastikan pelan perubatan takaful anda tidak di abaikan di masa hadapan. Iaitu kekal aktif (Inforced).
Akhir sekali, dapatkan pandangan kedua sebelum anda memutuskan untuk menutup sijil takaful perubatan anda. Keputusan terburu – buru mungkin bukan pilihan bijak. Kesihatan adalah segalanya dan tidak ternilai harganya. Bak kata pepatah ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’. Manalah tahu jika berlaku sesuatu musibah seperti jatuh sakit, kita pasti fikirkan ingin sihat dan pulih dengan kadar segera.
Wallahualam
No Comments on Peningkatan Kos Perubatan Dan Kesannya Terhadap Pelan Takaful Perubatan