Langkah – Langkah INTERIM BNM bagi Pelanggan Takaful Perubatan

Pelanggan zaremi yang di hormati.

Dari tahun lepas Jun 2024, zaremi telah menerima pelbagai jenis soalan – soalan sebaik sahaja ‘Medical Repricing’ di maklumkan. Ia berdasarkn senarai mengikut ‘batch’ ulangtahun sijil takaful, di mana pelanggan akan menerima ‘notification’ mengenai ‘Medical Repricing’ sama ada melalui ’email’ atau portal pelanggan ‘i-get in touch’. Kemudian di susuli bantch ke 2 ke 3 dan sehinggalah seterusnya.

Ada pelbagai maklum balas yang telah zaremi terima. Baik melalui panggilan telefon, whatsapp serta perjumpaan dalam talian. Untuk pengetahuan anda, kami telah diberikan taklimat lebih awal mengenai pekara ini, serta persediaan untuk bersama – sama menghadapinya.  Taklimat yang telah di sampaikan oleh Tuan CEO Great Eastern Takaful, En Shahrul Azlan Shahriman menjelaskan mengenai peningkatan kos perubatan serta kesannya terhadap pelan takaful perubatan. Walaupun pahit untuk di telan, maklumat perlu di sampaikan dengan jelas agar pelanggan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang di sediakan. Sungguhpun ada banyak berita dan cerita di Media Sosial yang amat mengelirukan. Ia menjadi semakin sulit untuk kami yang bekerja dalam lapangan sebagai Perunding Takaful.

Untuk pengetahuan anda, berita ‘Medical Repricing’ ini telah mendapat perhatian serta turut di bincangkan ke Parlimen untuk meminta pihak kerajaan mengambil langkah bersama menangani kadar inflasi ‘Medical Repricing’. Justeru itu pada Diesmber 2024, satu mekanisme telah di persetujui dan mengarahkan semua syarikat insurans dan takaful operator hanya di benarkan mengenakan caj tidak lebih 10% dari caruman pelanggan. Kawalan bagi Medical repricing ini akan berjalan selama 3 tahun dari 2025, 2026 dan 2027.

Berikut adalah langkah Interim BNM untuk Repricing Medical Card

1. Kenaikan Caruman Secara Berperingkat
Kenaikan caruman akibat inflasi kos perubatan akan diagihkan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun (2024–2026). Sekurang-kurangnya 80% peserta dijangka mengalami kenaikan tahunan kurang daripada 10%.

2. Penangguhan Kenaikan untuk Warga Emas
Peserta berumur 60 tahun ke atas yang berada dalam pelan minimum akan menikmati penangguhan kenaikan caruman selama satu tahun.

3. Pilihan Pemulihan Polisi Tanpa Penilaian Semula
Peserta yang telah menyerahkan atau polisi mereka telah luput akibat repricing pada 2024 boleh memohon pemulihan tanpa penilaian semula kesihatan dari 15 Januari hingga 30 Jun 2025.

4. Pilihan Produk Alternatif
Syarikat takaful akan menawarkan produk MHIT alternatif dengan caruman yang sama atau lebih rendah bagi peserta yang tidak ingin meneruskan pelan sedia ada.

Contoh Surat INTERIM Pelanggan Takaful Perubatan

Zaremi lampirkan contoh surat (versi bahasa inggeris) untuk rujukan pelanggan pelanggan zaremi dan anda senang membaa artikel ini.

Bagaimana saya boleh tahu saya adalah dalam senarai Medical Repricing? Apakah langkah seterusnya?

Jangan risau, zaremi kongsikan langkah – langkah untuk anda boleh buat semakan sama ada telah menerima surat medical repricing atau pun belum. Ada 2 cara mudah untuk anda ingin membuat semakan mengenai Medical Repricing. Cara pertama, jika anda adalah pelanggan Great Eastern Takaful. Anda boleh membuat semakan sendiri di portal i-get in touch. Jika anda tidak pasti di mana surat tersebut berada, saya konsgikan step nya di sini. Cara kedua, adalah cara melalui bantuan ejen anda. Saya boleh buatkan semakan surat tersebut jikalau anda adalah pelanggan saya. Jika sebaliknya, mohon anda hubungi ejen takaful anda untuk perkara ini. Jangan anda tangguhkan perkara ini, bagi mengelakan insiden yang tidak di ingini berlaku. Fahamkan maksud saya?

Selepas anda memuat turun surat tersebut. Sila semak muka surat hadapan seperti contoh surat yang telah saya lampirkan di awal tadi. Jika anda boleh menerima kenaikan caruman baru bagi ‘Medical Repricing‘ ini. Sila abaikan sahaja surat tersebut. Namun jika sebaliknya, anda boleh memilih untuk mengekalkan caruman asal. Anda perlu membalas surat tersebut dengan menandatangani pada muka surat akhir. (contoh surat di bawah ini)

Sebelum anda menandatangani surat tersebut, pastikan anda membaca terlebih dahulu isi kandungan surat tersebut. Isi kandungan surat tersebut ada di dalam kotak yang telah di tandakan. Sekiranya anda faham, maka hantarkan borang ini kepada ejen takaful anda atau saya jika anda adalah pelanggan saya. Anda juga boleh melakukan sendiri muat naik borang jawapan balas ini melalui portal i-get in touch.

Sekian saja untuk kali ini. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, anda boleh klik butang di bawah untuk share informasi ini kepada rakan anda yang lain @ tinggalkan cadangan di bawah apa yang anda belajar dari artikel ini.

Artikel Lain Yang Menarik

Greatworks Success Resources

No 6 – 3 & 8 – 3, Jalan Radin Anum, Langsari Business Centre,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.

Copyright © 2025 | zaremiothman.com | Web Design By: ZO