Cara Download Yearly Statement Great Eastern Takaful

Salam Sejahtera,

Cara Download Yearly Statement Takaful Melalui i-Get In Touch

Ramai pelanggan bertanya bagaimana cara untuk mendapatkan Yearly Statement atau penyata tahunan takaful secara online. Sebenarnya proses ini sangat mudah dan boleh dilakukan melalui portal i-Get In Touch yang disediakan oleh Great Eastern Takaful.

Dalam artikel ini saya kongsikan langkah mudah untuk download penyata tahunan anda. Anda hanya perlu ikut langkah-langkah berikut.

Langkah 1: Log Masuk ke i-Get In Touch

Pertama sekali, layari portal i-Get In Touch dan log masuk menggunakan Login ID dan Password anda. Setelah memasukkan maklumat login, klik butang Login untuk masuk ke akaun anda.

cara download yearly statement great eastern takaful

Langkah 2: Klik Menu My Document

Selepas berjaya log masuk, pergi ke bahagian menu di atas dan klik My Document. Kemudian pilih Statement untuk melihat senarai penyata yang tersedia dalam akaun anda.

Langkah 3: Pilih PIA Statemen

Seterusnya, pada bahagian Document Type, pilih PIA Statement. Ini adalah penyata yang memaparkan maklumat berkaitan pelan takaful anda.

Langkah 4: Pilih Tahun Penyata

Pada bahagian Duration, pilih tahun penyata yang ingin anda lihat atau muat turun. Senarai tahun akan dipaparkan untuk memudahkan anda membuat pilihan.

Langkah 5: Download Statement

Akhir sekali, klik ikon Download di bahagian kanan untuk memuat turun penyata tersebut. Dokumen akan dimuat turun dalam format PDF dan boleh disimpan atau dicetak untuk rujukan anda.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda boleh mendapatkan Yearly Statement takaful anda dengan mudah secara online tanpa perlu ke cawangan.

Jika anda menghadapi sebarang masalah untuk mengakses akaun atau memuat turun penyata, anda boleh hubungi saya untuk bantuan lanjut.

Kenapa Penting Simpan Yearly Statement Takaful?

Penyata tahunan takaful penting untuk:

✔ menyemak rekod caruman
✔ melihat prestasi pelaburan (jika ada)
✔ menyemak maklumat pelan
✔ rujukan kewangan peribadi

Dengan adanya yearly statement, anda boleh memastikan pelan takaful anda sentiasa aktif dan terurus dengan baik.

Yearly statement ialah penyata tahunan yang menunjukkan rekod caruman, transaksi dan maklumat pelan takaful anda sepanjang tahun.

Ya. Pelanggan boleh memuat turun penyata melalui portal i-Get In Touch tanpa perlu pergi ke cawangan.

Anda boleh reset password melalui portal tersebut. Jika masih tidak berjaya, hubungi perunding takaful anda untuk bantuan.

Ya. Dalam portal i-Get In Touch anda boleh memilih tahun (duration) yang ingin dimuat turun.

Sekian saja untuk kali ini. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.

Ada pertanyaan? Atau inginkan bantuan?

Sila Whatsapp saya di bawah. Saya akan respon anda dengan kadar segera.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, anda boleh klik butang di bawah untuk share informasi ini kepada rakan anda yang lain @ tinggalkan cadangan di bawah apa yang anda belajar dari artikel ini.

Artikel Lain Yang Menarik

Greatworks Success Resources

No 6 – 3 & 8 – 3, Jalan Radin Anum, Langsari Business Centre,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.

Copyright © 2025 | zaremiothman.com | Web Design By: ZO