Program Bantuan Hospitalisasi Swasta Covid 19

Salam sejahtera

Salam Sejahtera

Berita baik, Great Eastern Takaful telah melancarkan Program Bantuan Hospitalisasi Swasta COVID-19 untuk membantu orang yang dilindungi di bawah pelan perubatan (Plan Medical Sahaja) yang dimasukkan ke mana-mana hospital swasta yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Malaysia untuk rawatan COVID-19 bagi Kategori 3, 4 atau 5.

Syarat kelayakan bagi Program ini adalah seperti berikut:

  1. Bagi pelanggan sedia ada, pemilik sijil mestilah pengguna i-Get In Touch berdaftar dan mempunyai pelan(-pelan) perubatan Great Eastern Takaful yang masih berkuat kuasa.
  2. Bagi pelanggan baharu dengan pelan perubatan, pemilik sijil mestilah mendaftar i-Get In Touch dan membuat perakuan e-Sijil dalam tempoh 30 hari daripada tarikh sijil dikeluarkan.

Di bawah program ini, orang yang dilindungi yang layak yang dijangkiti dengan COVID-19 dan dimasukkan ke mana-mana hospital swasta yang ditetapkan oleh KKM untuk rawatan perubatan yang berkenaan bagi Kategori 3, 4 atau 5 berhak mendapat pengembalian semula wang ( pay and claims ) bagi tuntutan penghospitalan tertakluk pada had-had berikut:

  1. sehingga RM5,000 bagi pesakit COVID-19 Kategori 3, atau
  2. sehingga RM15,000 bagi pesakit COVID-19 Kategori 4, atau
  3. sehingga RM25,000 bagi pesakit COVID-19 Kategori 5.


Nota: Sekiranya terdapat perubahan Kategori semasa rawatan COVID-19 di hospital swasta, wang pelanggan akan dikembalikan mengikut amaun manfaat bagi Kategori tertinggi 3, 4 atau 5.

Manfaat muhibah ini adalah berdasarkan prinsip ganti rugi yang mana Syarikat akan menanggung baki perbelanjaan perubatan yang layak yang dikenakan oleh orang yang dilindungi yang layak setelah menuntut daripada syarikat lain, jika ada. Setiap orang yang dilindungi yang layak terhad kepada satu (1) manfaat sahaja. Kelayakan bagi Program ini adalah mengikut tarikh kemasukan pesakit COVID-19 Kategori 3, 4 atau 5 ke hospital swasta di Malaysia yang ditetapkan oleh KKM semasa tempoh perlindungan dari 27 Mac 2021 hingga 30 September 2021, termasuk kedua-dua tarikh dan terhad kepada tuntuntan maksimum RM1.0 juta.

Jika anda belum mempunyai Id untuk login i-Get In Touch. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan langkah – langkah untuk mendaftar i – Get In Touch.

Klik di sini untuk terma dan syarat serta pengecualian Program Bantuan Hospitalisasi Swasta Covid 19

Sekian, itu sahaja dari saya.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

Saya ingin dapatkan Pelan Quototion

Berminat ingin mengetahui kerjaya sebagai Perunding Takaful di kawasan anda ?

Jika anda adalah salah seorang yang mempunyai

  1. perwatakan yang menarik.
  2. Berfikiran positif
  3. Mempunyai impian yang besar.
  4. Tidak memberi alasan untuk nak berjaya.
  5. Mempunyai kesabaran tinggi
  6. Boleh menerima teguran dan nasihat.
  7. Sanggup belajar dengan saya dan leader – leader lain di bawah penyeliaan agensi GW. Dari ilmu yang di pelajari sanggup mengajar pula kepada orang lain.

Anda boleh tinggalkan email anda untuk pihak kami menghubungi anda. Latihan dan bimbingan di sediakan. Hadir Peperiksaan TBE ( Takaful Basic Examination) dan sesi temuduga yang akan di aturkan oleh pihak kami nanti.

ARTIKEL BERKAITAN

Copyright © 2021 | zaremiothman.com | Web Design By: ZO