Ada Takaful Tapi Masih Tak Cukup?

Salam Sejahtera,

takaful tak cukup perlindungan terpaksa ke hospital kerajaanRamai orang hari ini sudah mempunyai takaful. Malah, ada yang sudah mencarum bertahun-tahun dan rasa mereka sudah “selamat”.

Tetapi hakikat walaupun ada takaful tapi masih tak cukup. Kebiasaannya apabila berlaku sesuatu musibah yang tidak dijangka, barulah kita nampak jurang yang sebenar.

Kenapa Takaful Tak Cukup Walaupun Dah Ada?

1. Ambil Takaful Sebab Ikut Orang

Ramai ambil kerana:

  • kawan ajak
  • kenalan buat
  • atau sekadar ikut trend

Tanpa mereka benar-benar faham:
👉 apa ‘plan‘ manfaat yang dilindungi
👉 berapa jumlah perlindungan manfaat tersebut.

2. Fokus Kepada Harga, Bukan Keperluan

Ini kes paling biasa.

Ramai masyarakat di luar sana memilih pelan paling murah dengan harapan “cukup lah tu”. Tetapi apabila berlaku musibah seperti sakit besar seperti :

  • rawatan dialisis buah pinggang
  • rawatan pembedahan jantung
  • rawatan kanser 

Ia akan melibatkan kos rawatan jauh lebih tinggi  dari yang sepatutnya. Akhirnya ada kes yang mana terpaksa meggunakan duit sendiri bagi meneruskan rawatan susulan.

3. Tidak Faham Apa Yang Dilindungi

Ramai juga sebenarnya tidak tahu:

  • apa penyakit yang dilindungi
  • berapa had tahunan hospital
  • apa yang tidak ‘cover

Akibatnya, mereka hanya menyedari apabila tuntutan ‘claim‘ telah dibuat dan ketika itu sudah terlambat.

Realiti Kos Perubatan Hari Ini

Tahukah anda, Kos perubatan semakin meningkat setiap tahun. Rawatan untuk penyakit kritikal boleh mencecah sehingga puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit.

Untuk penegtahuan anda juiga. Kos perubatan di Malaysia dijangka terus meningkat setiap tahun, malah laporan menunjukkan kenaikan sehingga 16%. (rujuk laporan Berita Harian)

Jika perlindungan Takaful tidak cukup, Ia akan menjejaskan 

  • Duit Simpanan habis untuk rawatan
  • Komitmen sepeti bayaran rumah, kereta, utiliti akan terganggu
  • Emosi keluarga turut terkesan

keluarga bincang kewangan takaful tidak cukup

Apa Yang Perlu Anda Buat?

Anda tidak perlu panik. Mulakan dengan langkah mudah iaitu:

  1.  Semak semula pelan sedia ada.
  2.  Fahami apa yang dilindungi.
  3.  Pastikan jumlah perlindungan mencukupi

Takaful bukan sekadar “ada” atau “tiada”. Yang lebih penting ialah manfaat takaful itu cukup atau tidak.

Jika anda tidak pasti sama ada perlindungan anda mencukupi atau pun tidak. Saya besedia untuk membantu menyemak secara percuma.

Hubungi saya dan kita lihat bersama apakah manfaat Takaful yang anda ada sekarang.

Jika anda nak faham lebih lanjut, baca juga: Apa itu hibah dan kenapa penting

Sekian saja untuk kali ini. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.

Ada pertanyaan? Atau inginkan bantuan?

Sila Whatsapp saya di bawah. Saya akan respon anda dengan kadar segera.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, anda boleh klik butang di bawah untuk share informasi ini kepada rakan anda yang lain @ tinggalkan cadangan di bawah apa yang anda belajar dari artikel ini.

Artikel Lain Yang Menarik

Greatworks Success Resources

No 6 – 3 & 8 – 3, Jalan Radin Anum, Langsari Business Centre,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.

Copyright © 2025 | zaremiothman.com | Web Design By: ZO