Pengenalan
Ramai orang fokus kepada medical card dan perlindungan takaful. Namun, ramai masih tertanya-tanya apa itu hibah dan kenapa ia penting dalam perancangan kewangan.
Hakikatnya, tanpa perancangan yang betul, harta yang ditinggalkan boleh mengambil masa yang lama untuk diagihkan kepada waris.
Apa Itu Hibah?
Hibah ialah pemberian harta secara sukarela daripada seseorang kepada penerima ketika masih hidup.
Dalam konteks takaful Hibah merujuk kepada penamaan penerima manfaat supaya pampasan terus diberikan kepada individu tersebut. tanpa perlu melalui proses faraid atau tuntutan yang panjang.
Kenapa Hibah Penting?
1. Mengelakkan Proses Tuntutan Yang Lama
Tanpa hibah, waris mungkin perlu melalui proses seperti :
- tuntutan harta pusaka
- dokumen mahkamah
- pengesahan waris
Proses ini boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum waris dapat menuntut hak mereka.
2. Sumber Kewangan Cepat Untuk Waris (Dana Pantas)
Tahukah anda, apabila berlaku kematian, kebanyakan akaun kewangan si mati akan dibekukan?
- akaun simpanan
- akaun pelaburan
- akaun di institusi kewangan
Semua ini tidak boleh diakses sehingga proses perundangan selesai.
Berbeza dengan hibah takaful, yang telah dirancang semasa hidup. Walaupun manfaat tersebut belum wujud ketika itu, konsep ini dikenali sebagai hibah bersyarat.
Dengan hibah takaful:
- pampasan terus diberikan kepada penama
- waris boleh menggunakan dana untuk kelangsungan hidup
- membantu mengurangkan beban kewangan pasangan dan keluarga
Tambahan lagi, hibah merupakan salah satu konsep yang diiktiraf dalam kewangan Islam dan turut dihuraikan dalam rujukan rasmi oleh Bank Negara Malaysia
Lindungi Keluarga Tersayang

Hibah memastikan:
- pasangan
- anak-anak
mendapat perlindungan kewangan tanpa gangguan
Realiti Yang Ramai Tak Sedar
Ramai ada takaful, tetapi masih keliru antara pelan manfaat perubatan dan pelan hibah takaful. Dalam hibah takaful, manfaat kematian boleh ditingkatkan sehingga 5 hingga 10 kali ganda pendapatan tahunan, berdasarkan panduan umum (rule of thumb).
Anda juga boleh baca artikel : Ada Takaful Tapi Masih Tak Cukup
Apa Yang Anda Perlu Buat?
Mulakan dengan:
- Semak penamaan dalam polisi takaful
- Pastikan penerima jelas
- Fahami fungsi hibah dalam pelan anda
Penutup
Perancangan kewangan bukan sekadar semasa hidup. Tetapi juga tentang apa yang berlaku selepas kita tiada di dunia. Jika anda tidak pasti sama ada hibah anda sudah betul, Saya boleh membantu menyemak dan menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang Hibah.
Hubungi saya untuk semakan percuma.


