Siapa Saya

Siapakah Zaremi Othman ?

TAHUN PENGALAMAN
0
FAIL TUNTUTAN CLAIM
0
PERUNDING TAKAFUL
0
PORTFOLIO PELANGGAN
0

Zaremi Othman adalah seorang ejen takaful dibawah syarikat Great Eastern Takaful Bhd. Beliau  telah terlibat dalam industri ini sejak dari tahun 2004 sehingga kini 2021.

 

Kepakaran beliau dalam industri Takaful ialah memberikan khidmat nasihat, merangka plan cadangan mengikut kesesuaian keperluan serta membentangkan plan cadangan kepada bakal pelanggan risiko dan manfaat plan yang di sediakan.

 

Zaremi Othman di lahirkan di Perak dan dibesarkan di Kuala Lumpur, beliau merupakan anak sulung dari 4 orang adik-beradik. Beliau di besarkan dalam keluarga sederhana. Bapa beliau adalah seorang anggota polis badan beruniform manakala ibu beliau hanyalah sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Zaremi Othman mendapat pembelajaran rasmi di sekolah rendah dan menengah di Kuala Lumpur, pada awal 1995 beliau mendapat tawaran ke sekolah menengah aliran vokaysional seterusnya menyambung pengajian ke peringkat  Diploma Elektronik Komunikasi  dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam pada tahun 2001.

 

Dengan berbekalkan diploma yang ada, beliau berjaya menimba pengalaman bekerja di dalam bidang kejuruteraan. Banyak pengalaman sepanjang dalam bidang kejuruteraan antaranya membuat kerja kerja pemasangan, pengujian dan baik pulih system seperti :-

 

1) Nurse Call System Rauland Brand

2) Multimedia Audio Video System

3) Public Address Sounds System

4) Fireman Intercom System

5) Closed Circuit System

6) Master Antenna System

7) Card Access System

8) Radio Coomunication System

 

Kerja – kerja pemasangan system serta menguji system pemasangan di beberapa projek seperti

 

1) Hopital Ampang, KL

2) Hospital Serdang, Selangor

3) Hospital Kuala Terengganu, Terenganu
4) Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu

5) Kolej Matrikulasi Kubang Pasu, Kedah

6) Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya

 

Zaremi Othman juga pernah berkhidmat sebagai Pembantu Jurutera di Jabatan Polis Di- Raja Malaysia (PDRM) selama 2 tahun. Beliau juga pernah mendapat penghargaan menjayakan majlis – majlis rasmi kerajaan seperti Sidang Kemuncak ASEAN Ke 11, 2005, Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara Negara Berkecuali (NAM) Mengenai Pembangunan Wanita, 2005 dan pelbagai lagi.

 

 

Setelah 4 tahun bekerja di bidang kejuruteraan, akhirnya zaremi othman telah berpindah bidang secara ‘total‘ dalam khidmat nasihat sebagai agen insurans. Keputusan ini sukar untuk di buat pada awalnya. Namun, demi melihat potensi diri dan peluang yang ada. Lantas zaremi othman mengorak langkah dari ‘zero‘ ke ‘hero’. Selain usaha yang berterusan,sokongan dan dorongan  oleh ahli keluarga,rakan-rakan adalah amat penting untuk terus lama dalam industri ini.

 

Pada usia 22 ketika itu,Sifat berani dan tidak malu telah mendorong beliau menjadi salah seorang di antara ejen contoh yang mampu menjual produk dan perkhidmatan insurans kepada sesiapa yang memerlukannya.

 

Selama 15 tahun berkhidmat dalam industri ini, Pada tahun 2020 Zaremi Othman telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ‘ Long Award Service 15 Years ‘.Di antara award/anugerah lain – lain yang telah diterima sepanjang karier beliau sebagai perunding insurans & takaful :-

 

1. Ejen Bumiputra Terbaik, 2005 / 06

2. Ejen Terbaik, 2009

3. Master Sales Award, 2012

4. Ole Ole Jakarta Qualifier, 2012

5. Jom Dapat 4, 2013

6. Takaful Champion Awards ,Silver Category, 2016

7. Highest Takaful ANC 2nd Runner Up, 2016

8. SES 7 Bangkok Qualifier, 2016

9. STAR Qualifier 2016

10. STAR Qualifier 2017

11. Introducer Champion, Silver Category 2018

12. Promotion as Agency Manager, 2018

13. Direct Group Champion Q3 2018

14. Top 3 Rookie Unit Manager August, 2018

15. Direct Group Champion Q2, 2019

17. Long Award Service 15 Years, 2020

18. Star Summit Dubai Qualifier, 2020

 

 

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam industri ini, Nama beliau selalu di sebut atas jasanya. Antaranya :-

 

  • Berjaya menguruskan pengeluaran Pelan Simpanan Pendidikan Anak
  • Berjaya menguruskan pengeluaran Pelan Simpanan Persaraan
  • Berjaya menguruskan tuntutan kematian kepada waris si mati
  • Berjaya menguruskan  tuntutan kemasukan hospital akibat kemalangan
  • Berjaya menguruskan tuntutan akibat penyakit di lindungi
  •  

Ingin “Jadi No. 1”

 

 

 

Memegang portfolio seramai lebih 500 “policyholders” dibawah perkhidmatan beliau, dari hanya seorang ejen, dan kini bergelar “Agency Manager” kepada hampir 20 ejen dibawahnya, pada tahun 2021 ini, Zaremi Othman akan sentiasa memastikan mutu perkhidmatan yang di berikan akan sentiasa mendapat kepuasan dan keutamaan kepada pelanggan beliau.

 

 

Prinsip beliau ialah untuk terus maju dan “Jadi No. 1” adalah motto hidup beliau untuk sentiasa kekal aktif dan bertenaga.

 

Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun dalam industry, kerjaya sebagai Perunding Takaful Profesional memberi peluang  kepada sesiapa sahaja boleh berjaya jika mempunyai sifat ingin belajar dan tidak patah semangat. Ini adalah kerana perniagaan ini memerlukan kesabaran serta kerajinan membuat ‘prospecting’. Selain dari pasaran yang luas dan permintaan yang tinggi, masyarakat hari ini, kini sudah ramai yang celik dan bijak dalam memilih syarikat dan juga agent.

 

Bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan beliau, baik untuk perkhidmatan  takaful, atau peluang kerjaya sebagai perunding takaful, anda boleh tinggalkan maklumat di bawah serta tinggalkan mesej untuk di hubungi.

Saya percaya setiap apa yang kita usahakan, bergantung kepada niat kita. Semoga kita dapat berjumpa.

 

Salam Kejayaan
Zaremi Othman

Copyright © 2021 | zaremiothman.com | Web Design By: ZO