dana perlindungan vaksin covid 19

Dana Perlindungan Vaksin Covid 19

zaremiothman
dana perlindungan vaksin covid 19

Salam Sejahtera

Kes peningkatan pesakit Covid 19 setiap hari meningkat. Selepas pengumuman rasmi dari YAB Tan Sri Muhyiddin memaklumkan Lockdown secara penuh bermula 1 Jun 2021 – 14 Jun 2021. Angka pesakit Covid 19 juga semakin meningkat juga amat membimbangkan sekali kepada kita Rakyat Malaysia. Ia tidak mustahil akan pergi kepada 10 000 jumlah pesakit yang di rawat. Malah kes kematian juga sudah hampir ke 3 digit.

Anda sudah mendaftar penerima vaksin sukarela?

Sebagai rakyat Malaysia,mari kita bersama sama menangani untuk memutuskan semula rangkaian wabak Covid-19 ini. Kurangkan aktiviti di luar, dan ikut segala SOP yang di keluarkan oleh kerajaan Malaysia. Salah satu usaha untuk tidak cepat berlaku penyebaran virus Covid-19 ialah menerima suntikan vaksin. Sudahkan anda mendaftar? Sebelum itu, mari kita lihat siapakah kumpulan yang layak?

Pembaca yang budiman,

Mungkin ada antara kita mempunyai pendapat berbeza untuk tidak mahu menerima vaksin. Tetapi, dalam keadaan yang sedang tidak menentu. Apakah kita masih ingin mementingkan diri sendiri? Dan setiap pendaftaran yang berjaya perlu mengikut giliran first come first serve. Pendaftaran untuk menerima vaksin boleh anda dapatkan di apss My Sejahtera. Jangan lupa aftifkan push notification di telefon anda sebaik giliran anda tiba nanti.

Saya harap, tuan – tuan bersabar untuk menerima giliran nama sebagai penerima vaksin. Kita melihat banyak sudah negara negara luar sudah menerima suntikan vaksin. Kita perlu muhasabah diri serta menghargai barisan pekerja front liner yang bertugas tidak berhenti – henti untuk menguruskan kumpulan pesakit Covid – 19.

Anda mungkin dengar video yang viral, perkongsian penulisan yang di kongsikan oleh mana – mana media sosial serta pelbagai spekualsi tidak baik kesan selepas menerima suntikan vaksin. Perasaan seperti takut, tidak yakin, ragu ragu pasti timbul apabila info tidak benar di sampaikan. Saya pun ada perasaan yang sama.

Berita baik Pelanggan Great Eastern Takaful

Great Eastern Takaful telah menyediakan dana Perlindungan Vaksin Covid 19 PERCUMA khas buat pelanggan kami yang merangkumi manfaat tunai hospital serta manfaat kematian. Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan percuma kepada pelanggan pelanggan Great Eastern Takaful yang mengalami kesan sampingan teruk yang mungkin timbul selepas menerima vaksin COVID-19.

Sebagai inisiatif berniat baik, Syarikat telah memperuntukkan Dana Vaksin COVID-19 RM1.0 juta untuk pelanggan kami yang mengalami kesan sampingan teruk berikutan suntikan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 dan Dana ini digunakan bagi semua orang yang dilindungi oleh Great Eastern Takaful yang merupakan pengguna i-Get In Touch berdaftar dan di mana sijilnya berkuat kuasa semasa tempoh lindungan, kecuali Manfaat Pekerja Kumpulan Wajib dan MySalam. Tempoh lindungan bermula dari 25 Februari 2021 hingga 31 Disember 2021, atau apabila mencapai had tuntutan maksimum RM1.0 juta, yang mana yang lebih awal.

Dana memberikan faedah berikut:

  • Manfaat Tunai Hospital Harian: RM200 sehari hingga tujuh (7) hari untuk kemasukan ke hospital di Malaysia yang mengehendaki rawatan perubatan yang diperlukan akibat AEFI dalam tempoh 14 hari selepas menerima Vaksin COVID-19.
  • Manfaat Kematian: Jumlah sekali gus RM10,000 bagi setiap orang yang dilindungi sekiranya kematian berkaitan dengan AEFI dalam tempoh 30 hari selepas menerima Vaksin COVID-19 ATAU daripada tarikh kemasukan ke hospital akibat AEFI, mana yang kemudian. Manfaat kematian ini dibayar atas faedah kematian sijil takaful lain, jika ada.

Catatan:

“Vaksin COVID-19” merujuk kepada sebarang vaksin COVID-19 (termasuk dos pertama dan dos berikutnya) yang diluluskan untuk digunakan di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ditadbir oleh pegawai perubatan berdaftar di lokasi yang ditentukan oleh KKM dalam Malaysia.

Tiada faedah yang akan dibayar sekiranya Vaksin COVID-19 diberikan dalam tempoh 14 hari pertama daripada tarikh permulaan risiko atau tarikh pengembalian semula sijil, yang mana kemudian.

Hanya satu tuntutan yang boleh dibuat bagi setiap orang yang dilindungi dari Great Eastern Takaful Berhad, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) atau Great Eastern General Insurance (Malaysia).

Dana RM1.0 juta ialah had gabungan untuk Great Eastern Takaful Berhad, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) dan Great Eastern General Insurance (Malaysia).

Syarikat berhak untuk mengubah dan/atau menghentikan Dana lebih awal, sekiranya syarat dan keadaan lazim berubah.

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan, anda boleh menghantar e-mel ke i-greatcare@greateasterntakaful.com atau menghubungi Careline Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300-13-8338.

Soalan-soalan Lazim

1.      Apakah yang dilindungi oleh Dana Vaksin COVID-19?

Manfaat  Penerangan  Jumlah Perlindungan
Manfaat Tunai Hospital Harian Manfaat harian dibayar untuk maksimum tujuh (7) hari berturut-turut bagi setiap hari orang dilindungi yang layak memasuki hospital semasa tempoh layak disebabkan semata-mata oleh kesan sampingan yang teruk berikutan suntikan imunisasi (AEFI) dalam tempoh 14 hari selepas menerima Vaksin COVID-19 yang diluluskan.

 

RM200 sehari
 Manfaat Kematian Bayaran sekali gus jika orang yang dilindungi meninggal dunia disebabkan oleh AEFI dalam tempoh 30 hari sejak menerima Vaksin COVID-19 atau daripada tarikh kemasukan ke hospital kerana AEFI, mana yang kemudian.

 

RM10,000 setiap orang yang dilindungi


Kemasukan orang layak yang dilindungi ke hospital kerana kesan sampingan teruk berikutan suntikan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 mesti dipertimbangkan dari segi perubatan oleh pengamal perubatan berdaftar.

·            Tarikh penyerahan tuntutan oleh orang dilindungi yang layak mesti berlaku dalam tempoh sah Dana Vaksin COVID-19. Tarikh penyerahan tuntutan akan dianggap sebagai tarikh orang dilindungi yang layak menyerahkan semua dokumen yang diperlukan dan kami mengakui penerimaannya.

·            Manfaat Tunai Hospital Setiap Hari hanya perlu dibayar sekali untuk setiap orang dilindungi yang layak walaupun beliau dimasukkan ke hospital berkali-kali kerana mengalami kesan teruk berikutan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 dalam tempoh perlindungan.

·            “Vaksin COVID-19” merujuk kepada sebarang vaksin COVID-19 (termasuk dos pertama dan dos berikutnya) yang diluluskan untuk digunakan di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan ditadbir oleh pegawai perubatan berdaftar di lokasi yang ditentukan oleh KKM di Malaysia.

2.      Adakah saya layak untuk Dana Vaksin COVID-19 sekiranya saya bukan merupakan pengguna i-Get In Touch yang berdaftar?

Tidak, tuntutan anda akan ditolak kerana tidak memenuhi syarat sebagai pengguna i-Get In Touch

yang berdaftar.

3.      Adakah terdapat sebarang tempoh menunggu untuk manfaat boleh dibayar?

Ya, terdapat tempoh menunggu selama 14 hari daripada tarikh permulaan risiko atau tarikh pengembalian semula sijil, yang mana satu kemudian. Tarikh penerimaan Vaksin COVID-19 mestilah lebih dari 14 hari daripada tarikh permulaan risiko atau tarikh pengembalian sijil, yang mana kemudian.

4.      Bolehkah saya membuat pelbagai tuntutan sekiranya saya dimasukkan ke hospital lebih dari sekali akibat kesan sampingan teruk berikutan imunisasi (AEFI) suntikan vaksin COVID-19?

Tidak, Manfaat Tunai Hospital Harian dibayar sekali untuk setiap orang dilindungi yang layak, walaupun kemasukan ke hospital pertama adalah kurang daripada 7 hari.

5.      Adakah ia merangkumi hospital swasta dan kerajaan di Malaysia, dan hospital di luar Malaysia?

Kelayakan untuk Manfaat Tunai Hospital Harian terpakai untuk hospital swasta dan kerajaan di Malaysia. Kemasukan ke hospital di luar Malaysia tidak dilindungi.

Walau bagaimanapun, Manfaat Kematian perlu dibayar walaupun orang yang dilindungi berada di luar Malaysia.

Nak Lagi Berita Baik?

Selain dari berita baik untuk pelanggan Great Eastern Takaful, bagaimana penerima vaksin bukan Pelanggan Great Eastern Takaful? Adakah saya boleh mendapatkan manfaat seperti pelanggan Great Eastern Takaful? Aha, jom daftar sebagai pelanggan Great Eastern Takaful.

Tidak begitu, dengan tag line #becausewecan. Great Eastern juga memberi ruang kepada bukan pelanggan untuk sama sama di dalam kempen ini. Klik info lanjut bagi Covid-19 Vaksin Fun fon Non Customer.

Sekian, itu sahaja dari saya

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda

Berminat ingin mengetahui kerjaya sebagai Perunding Takaful?

Jika anda adalah salah seorang yang berani mencuba? Ingin mengubah hidup atau mencari kerjaya. Anda boleh tinggalkan email anda untuk pihak kami menghubungi anda. Latihan dan bimbingan di sediakan. Hadir Peperiksaan TBE ( Takaful Basic Examination) dan sesi temuduga yang akan di aturkan oleh pihak kami nanti.

Saya ingin dapatkan Pelan Quototion

ARTIKEL BERKAITAN

Copyright 2021 | ZaremiOthman.Com